Jangan biarkan minat terkubur, sebaliknya terus kejar impian dan tanamkan kesungguhan supaya minat bertukar menjadi kerjaya. Itulah prinsip yang dipegang salah seorang pelajar program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) di Kolej Antarabangsa Inovatif. Muhammad Syahril bin Jalal yang berasal dari Tawau, Sabah mengambil program Diploma in Hotel Management.

Ingin memegang jawatan tinggi

Muhammad Syahril yang masih sedang menjalani latihan praktikal di Grand Lexis Port Dickson yakin dia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang perhotelan. Ini kerana pengalaman yang diperoleh di kolej berteraskan latihan industri Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC). Menurutnya, Program WBL di IIC banyak membantu dan menyediakan jalan yang mudah untuk dia membina kerjaya.

Tambah Muhammad Syahril, dia memang minat dalam bidang perhotelan terutamanya bahagian front office dan sports and recreation. Pada ketika ini dia sedang ditugaskan di Games Room. Bercita-cita untuk memegang jawatan yang tinggi dalam kerjayanya, Muhammad Syahril yakin dia akan dapat menunaikan hasratnya dengan pengalaman dari IIC.

Keseimbangan kehidupan kolej

Selain itu, di samping pengalaman praktikal yang banyak mendewasakannya, suasana kolej yang kondusif juga telah menjadikan pembelajaran teori di kampus lebih berkesan dan tidak dapat dilupakan. Perkara yang paling disukainya adalah lokasi kolej yang terletak berhampiran dengan pusat beli-belah. Ini memberi pelajar peluang untuk dapatkan keseimbangan kehidupan kolej dalam persekitaran bandar yang lengkap dan menarik untuk belajar, berhibur dan meluangkan masa di kampus.

Program pembelajaran berasaskan kerja jamin kerjaya bagi graduan

Tambahan lagi, fakulti-fakulti di kolej juga memiliki pengalaman dan kepakaran. Tenaga pengajar dapat menyampaikan pengetahuan kepada pelajar menggunakan teknik moden dengan berkesan. Berikutan itu, gabungan sempurna program pembelajaran berasaskan kerja, peluang praktikal di luar negara, latihan akademik profesional, serta sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menetapkan asas yang luas untuk pelajar IIC berjaya dalam industri.

Dedah diri kepada realiti kerjaya industri

Program WBL di Kolej Antarabangsa Inovatif mengajar asas-asas yang memudahkan pelajar untuk membiasakan diri dengan realiti industri. Selain itu, WBL juga dapat membantu pelajar cemerlang dalam program yang dipilih, tidak kira apa sudut yang diceburi.

Bagi Muhammad Syahril pula, setelah bergelar pelajar selama 2 tahun setengah dalam program pembelajaran berasaskan kerja, dia adalah bukti produk kolej berteraskan latihan industri berupaya menjaminkan masa depan yang berkerjaya buat pelajar. Pengalamannya menjadikan Muhammad Syahril lebih berani untuk berinteraksi dengan orang ramai. Dia juga mendapat semangat baru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Bagi pelajar yang sedang mencari institusi yang boleh membantu mereka mengembangkan kerjaya dalam industri perhotelan, Kolej Antarabangsa Inovatif ialah pilihan yang tepat. IIC menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang tinggi dan keupayaan untuk menceburi bidang kepimpinan melalui program pembelajaran berasaskan kerja yang berkesan. Hasilnya, pelajar berpeluang untuk memimpin pasukan dengan yakin dan profesional.

Leave a Reply