Skim Pensyarah Muda

Screen Shot 2016-04-19 at 2.07.43 PM

‘PROGRAM PENSYARAH MUDA’ BERSAMA IIC


um mengetahui bahawa pendidikan adalah bidang yang amat bernilai dan sering menjadi bahan siulan dan buah mulut masyarakat di seluruh dunia. Pentingnya ilmu dan pendidikan tidak dapat disangkalkan lagi kerana pengetahuan memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan manusia tanpa mengira usia dan pangkat. Pendidikan juga mampu membuka dan memperluaskan kotak pemikiran manusia serta mempengaruhi setiap tindakan yang diambil. Pemilihan bidang mengikut minat, populariti dan kemampuan kewangan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat muda masa kini untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 Minat dalam sesuatu program yang dipilih menjadi asas kejayaaan seseorang kerana mereka akhirnya mampu memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap tugasan yang diberikan. Untuk memilih program pengajian di IPT bukanlah semudah yang disangka kerana banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira. Kebiasaanya selepas gagal memilih program yang diminati, ianya akan menyebabkan  punca utama pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ingin diceburi dan tambahan pula tidak tahu bagaimana hendak berurusan dengan pihak yang sewajarnya.

 Oleh itu, satu sistem telah diwujudkan untuk membantu para pelajar yang mengalami dilema dalam memilih kursus dan tempat pengajian IPTS. Sistem perkhidmatan ini dikenali sebagai Sistem Kemasukan Pelajar (SKeP) dan telah pun dilancarkan semenjak 3 Mac 2016 yang lalu. Sehingga kini bilangan pelajar-pelajar lepasan SPM yang telah menggunakan perkhidmatan ini adalah amat menggalakkan. Melalui sistem SKeP ini, pelajar-pelajar dapat memohon secara terus dalam talian untuk kemasukkan ke IPTS. Maka tidak ada alasan lagi untuk pelajar tidak melanjutkan pelajaran ke menara gading.

 Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) adalah antara institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai program menarik dan mampu melahirkan graduan yang amat bernilai di masa hadapan. Program ‘Pensyarah Muda’ merupakan program terbaharu yang ditawarkan untuk membantu pelajar yang berimpian ingin menjadi warga pensyarah bagi merealisasikan hasrat mereka.

Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pemilihan. Mereka perlu menamatkan pengajian  diperingkat Ijazah Sarjana Muda melalui program kerjasama IPTA dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pelajar-pelajar lepasan SPM ini pelu terlebih dahulu mendaftar didalam program Diploma mengikut bidang-bidang yang diluluskan oleh Lembaga Pemilihan.

Sejurus tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda, pelajar akan ditawarkan  pekerjaan sebagai Pensyarah Muda bagi mereka yang benar-benar layak mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pemilihan.

Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu impian namun usaha yang setimpal mampu mengatasi segalanya.

 Memiliki segulung ijazah dan berpeluang berkejaya sebagai Pensyarah Muda merupakan pilihan terbaik di dalam menentukan kehidupan masa hadapan, memandangkan persaingan dan cabaran di dalam industri pekerjaan yang terhad di masa kini. Buka minda dan terokai masa hadapan anda. Kolej Antarabangsa Inovatif menawarkan jalan mudah untuk sampai ke destinasi impian para pelajar. Oleh itu, usah bertangguh sertai kami menghadapi dunia pengajian yang sememangnya sukar namun menarik untuk diterokai disamping jaminan kerjaya.


Bidang yang ditawarkan di bawah Program “Pensyarah Muda”

Diploma

Peluang pekerjaan sebagai Pensyarah mengenai subjek pengurusan perlancongan..

Diploma

Peluang pekerjaan sebagai Pensyarah mengenai subjek perbankan islam.

Diploma

Peluang pekerjaan sebagai Pensyarah mengenai subjek perbankan islam.

Diploma

Peluang pekerjaan sebagai Pensyarah mengenai subjek pengurusan perhotelan.