Saya ingin memetik hadis yang menyatakan betapa penting mengajar dan belajar suatu ilmu. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang mengajar seseorang hamba walau sepotong ayat sahaja daripada kitab Allah, maka dia akan menjadi tuannya.
Nabi Muhammad SAW juga bersabda, “Jadilah kamu orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar, atau orang yang cinta kepada ilmu.”
Berdasarkan hadis di atas, kita dapat melihat betapa besar peranan seorang guru atau pengajar dalam menjadikan muridnya seorang yang berguna pada masa hadapan.
Tanpa ilmu yang disebarkan oleh seseorang guru, negara tidak akan dapat berkembang dengan sewajarnya. Kehidupan manusia berilmu akan sejahtera di dunia dan akhirat.
Melalui ilmu, sudah tentu seseorang itu dapat menjalani ibadah untuk akhirat. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang membawa maksud bahawa jalan ke syurga dipermudahkan bagi orang yang menuntut ilmu.
Terangi kehidupan manusia
Oleh itu, seseorang guru yang baik akan mendapat menerangi kehidupan manusia dengan sempurna. Seorang guru yang baik akan dapat menunjukkan tauladan yang baik kepada muridnya.
Sejak kecil, saya berhasrat menjadi seorang pendidik atau pensyarah. Semangat ini saya pupuk berpandukan kalimah Allah SWT dan hadis yang banyak menyebut mengenai kebaikan serta pahala amat besar bagi penyebaran ilmu.
Saya menjadi pensyarah sejak berusia 25 tahun hinggalah 60 tahun. Murid saya ada di serata negara ini. Ilmu dipelajari daripada saya menjadi antara penyumbang kepada kesejahteraan kehidupan mereka dan rakyat.
Ada dalam kalangan mereka yang menjadi pensyarah, pengamal perubatan dan pentadbir. Saya sangat berpuas hati kerana berjaya menyempurnakan satu daripada tugas yang besar manfaatnya kepada manusia. Bayangkan jika manusia tidak lagi berilmu kerana tiada guru atau pendidik untuk menyebarkannya!
Sebagai pensyarah yang pernah berkhidmat selama 30 tahun sebelum menjadi Naib Canselor di Universiti Malaya (UM), saya mendapat rahmat Allah SWT dari segi ketenangan jiwa, keperibadian baik dan penghargaan serta penghormatan daripada banyak pihak. Tentunya saya memperoleh anugerah Tuhan ini kerana sudah menjalankan tugas amat penting yang disyaratkan Allah SWT.
Sebarkan ilmu
Mahukan anda menjadi seorang pendidik, pengajar, guru atau pensyarah yang bertugas menyebarkan ilmu?
Kolej Antarabangsa Inovatif menawarkan program amat berkualiti yang diajar oleh pensyarah berkelayakan dan berpengalaman. Program itu mencakupi bidang yang mendapat permintaan tinggi dalam industri seperti perhotelan, pengurusan pelancongan, perbankan Islam serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Kolej Antarabangsa Inovatif menawarkan Skim Pensyarah Muda kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang mendapat sekurang-kurang lima kredit untuk mengikuti program diploma.
Apabila berjaya lulus pengajian diploma dengan baik, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pilihan berkaitan. Ijazah terbabit akan dianugerahkan universiti awam seperti Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda, pelajar akan ditawarkan pekerjaan sebagai pensyarah muda bagi mereka yang benar-benar layak dengan tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan oleh Lembaga Pemilihan.
Skim itu hanya terbuka kepada 500 pelajar berkelayakan. Pelajar yang berminat, sila e-mel biodata kepada [email protected] atau sms SKIM PENSYARAH MUDA ke talian 016-739 4453.