Skim Pensyarah Muda

Kuala Lumpur: Sukar membuat pilihan program pengajian sama ada berdasarkan kelayakan atau minat antara dilema yang dialami segelintir lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT).
Ada yang cenderung memilih program berdasarkan minat biarpun kelayakan tidak seberapa, manakala ada sebahagian pula memilih berdasarkan populariti program itu sendiri.
Kesilapan pelajar termasuk kecuaian memilih program yang betul atau pemilihan program pengajian tidak memenuhi kelayakan menjadi punca kegagalan mereka ditawarkan tempat di IPT.
Untuk memilih program pengajian di IPT bukanlah semudah yang disangka kerana banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira. Sekiranya pelajar masih ragu-ragu, lebih baik merujuk kepada mereka yang lebih arif.
Setiap pilihan mestilah mengambil kira cita-cita, minat serta kemampuan kewangan pelajar. Cita-cita sahaja tidak memadai sekiranya tidak diselaraskan dengan minat untuk belajar.
Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang sederhana, sebaiknya memilih program pengajian yang setaraf dengan keputusan masing-masing.

Kemampuan kewangan
Pelajar perlu juga melihat dari sudut kemampuan kewangan diri dan keluarga. Seperti sedia maklum, untuk menyambung pengajian pelajar perlu memohon pinjaman pendidikan seperti PTPTN. Di sinilah kebijaksanaan pelajar diperlukan.
Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah yuran pengajian serta kos sara hidup di kampus pengajian tersebut. Sebagai contoh, sekiranya pelajar berasal dari Utara dan memilih pengajian di Kuala Lumpur atau Selangor, mereka perlu mengambil kira kos pengangkutan, kos makan minum, dan beberapa kos lain.
Selain itu, jangka masa pengajian juga perlu diteliti. Tempoh pengajian ini menentukan berapa jumlah yuran yang anda perlu bayar. Semakin kurang tempoh pengajian, semakin kurang yuran pengajian yang perlu anda bayar.
Bagi membantu pelajar dilema dalam memilih program pengajian, mereka boleh menggunakan perkhidmatan Sistem Kemasukan Pelajar (SKeP) yang diperkenalkan Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (YGPMS).
Melalui SKeP, pelajar boleh memilih program pengajian yang diminati mengikut lokasi tempat tinggal anda sendiri. Mereka boleh memilih satu daripada lebih 150 program pengajian yang ditawarkan 30 IPT swasta menerusi SKeP. Setiap program yang ditawarkan mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pinjaman pendidikan
SKeP juga akan memastikan pelajar dapat mengikuti program pengajian yang diminati di samping kemudahan pinjaman pendidikan pula akan diuruskan SKeP dan IPT terbabit.


Untuk memohon melalui SKeP, pelajar hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah iaitu pertama, membeli no pin melalui sistem pesanan ringkas (SMS), kedua, mendaftar di laman web www.myep.my dan seteruskan mencetak surat tawaran dan membawanya semasa hari pendaftaran. Sebarang pertanyaan mengenai SKeP, boleh melayari www.myep.my atau ikuti Facebook/Sistem Kemasukan Pelajar.


SKeP yang diperkenalkan oleh MYEP Education Sdn Bhd menyediakan platform mudah bagi lepasan SPM dan STPM untuk memilih kursus bersesuaian di IPTS terpilih.


Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai SKeP dengan melayari laman web www.myep.my atau laman sosial facebook.com/sistemkemasukanpelajar. Pertanyaan juga boleh dihantar menerusi e-mel [email protected] atau menghubungi talian 03-4043 9948.