PROGRAM PEMBERIAN MAKANAN KEPADA ORANG GELANDANGAN

Tarikh : 7 dec 2019 (Sabtu)

Masa : 6.00 malam hingga 10.00 malam

Tempat :  pusat transit gelandangan kuala lumpur 20, Jalan Pahang, Titiwangsa Sentral, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

telah menganjurkan satu program pengagihan makanan kepada golongan gelandangan dan fakir miskin bertempat di  transit gelandangan kuala lumpur. Program ini merupakan kali pertama yang dianjurkan bersama pelajar btm semester 1,2,3,4 dan 5.di ikuti seramai 38 pelajar ,4 pensyarah dan 2 pegawai iic terlibat dalam event ini.

Objektif program ini adalah untuk memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan, disamping untuk mengeratkan hubungan di antara penduduk melalui aktiviti yang dijalankan. Pada jam 6pm -10.00 malam bagi mengedarkan makanan kepada gelandangan dan fakir miskin tersebut.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan dapat menanam semangat kesukarelaan dan nilai-nilai murni di kalangan peserta.