Pemulaan Kelas Hibrid di Kampus

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pihak pengurusan Kolej Antarabangsa Inovatif telah sepakat dan bersetuju untuk memulakan sesi pengajian secara hibrid di kampus bagi pelajar ambilan sesi 2021/2022 bermula 17 Januari 2022.

Pelajar diberi pilihan sama ada meneruskan pengajian secara atas talian di :
i) Kediaman keluarga
ii) Rumah sewa
iii) Asrama
atau menghadiri kelas pengajian secara hibrid di kampus (terhad kepada pelajar yang telah lengkap menerima 2 dos vaksinasi DAN disahkan negatif jangkitan Covid-19 sahaja).

Sehubungan dengan itu,pelajar diminta untuk melengkapkan e-borang yang disertakan di bawah untuk memilih mod pengajian sama ada secara atas talian atau hibrid dan bagi tujuan tempahan asrama bagi yang memerlukan.

e-borang ini hendaklah dilengkapkan sebelum 30/11/2021,jam 6.00pm.

Link e-borang : https://forms.gle/mTBz9AHcvuLT1x7T7

Terima kasih.

JK Pelajar