Kolej Antarabangsa Inovatif telah mengambil langkah untuk membangunkan satu kursus khas bagi pensyarah di luar sana untuk menjadi lebih profesional dan bersedia dengan pertukaran norma baharu selepas pandemik. Fokus kursus ini adalah untuk melahir para pensyarah yang bersedia dan berilmu bagi mengajar di institusi tinggi awam dan juga swasta.
Kursus ini telah berjaya dijalankan pada 15 Oktober 2021 dengan seramai 10 peserta pertama.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tempoh kursus. : 3 Bulan (Setiap hari Sabtu dan Ahad)
Yuran kursus : RM1,500.00 atau RM500.00 (Dibayar setiap bulan selama 3 bulan)
Kelebihan program : Jaminan pekerjaan kepada sebagai pensyarah kepada 20 pelajar yang terbaik
Syarat memohon : Terbuka kepada semua yang ingin menjadi pensyarah
Modul yang akan diajar:
- Teknologi pengajaran secara digital
- Silibus pendidikan tinggi (MQA)
- Pembentukan kokurikulum pengajaran
- Tips pengajaran dua hala
Tenaga pengajar:
- Puan Shahawati binti Umar (Presiden Kolej Antarabangsa Inovatif)
- Encik Muhammad Anas bin Mohammad Bukhori (Naib Presiden Kolej Antarabangsa Inovatif)
- Jemputan pengajar dari luar
Maklumat lanjut sila layari laman web https://masterskill.innovative.edu.my/landing-page/