5 Peristiwa Penting yang Berlaku dalam Bulan Ramadan

Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam atas beberapa sebab. Selain dianggap sebagai bulan suci untuk kita memperbanyakkan ibadah dan memberi peluang untuk membaiki hubungan dengan Allah SWT, Ramadan juga istimewa kerana peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan mulia ini.

  1. Al-Quran diturunkan

Ramadan adalah bulan di mana Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad (SAW) apabila Malaikat Jibril datang bertemu baginda di Gua Hira.

  1. Malam Laylatul-Qadr

Laylatul-Qadr adalah salah satu peristiwa paling penting dalam bulan yang diberkati ini kerana suatu ibadah yang dilakukan pada malam Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada ibadah selama 1000 bulan. 

3. Wafatnya Khadijah (RA) dan Abu Talib

Pemergian Khadijah berlaku 10 tahun selepas Rasulullah menerima wahyu. Khadijah adalah isteri tercinta baginda (SAW) selama 23 tahun dan merupakan orang pertama yang menerima Islam. Tidak lama selepas kematian Khadijah, Abu Talib, bapa saudara baginda (SAW) pula meninggal dunia. Pemergian dua individu ini sangat berat bagi Rasulullah sehingga tahun berkenaan dikenali sebagai “Tahun Kesedihan.”

4. Perang Badar

Dalam sejarah Islam, perang badar yang berlaku pada 17 Mac 624 Masihi atau 17 Ramadan merupakan kemenangan agung bagi umat Islam. Dalam perang ini Rasulullah memimpin tentera yang hanya melibatkan sekitar 313 umat Islam untuk menentang kaum Quraisy yang memiliki kira-kira 1,000 tentera.

5. Pembukaan Kota Mekah

Pembukaan kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah adalah satu kejayaan penting dalam Islam kerana di sini terletaknya kiblat umat Islam iaitu Kaabah. Mekah juga adalah tempat bagi umat Islam menyempurnakan Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan Haji.