Tradisi Ramadan Yang Indah di Seluruh Dunia (Pt.1)

Di seluruh dunia, umat Islam menandakan bulan Ramadan dengan pelbagai istiadat unik yang diwarisi turun-temurun di rantau mereka.

Padusan di Indonesia

Padusan dilakukan oleh masyarakat Jawa di Indonesia sehari sebelum menjalani ibadah puasa, untuk tujuan menjalani ibadah dalam keadaan suci zahir dan batin. Tradisi turun temurun ini dilakukan dengan cara berendam atau mandi di sumur-sumur atau mana-mana sumber mata air. 

Midfa al-Iftar di Lubnan

Di banyak negara di seluruh Timur Tengah, meriam dilepaskan setiap hari pada bulan Ramadan untuk menandakan berakhirnya puasa hari itu. Tradisi ini dimulakan oleh Khosh Qadam ketika dia memerintah Mesir 200 tahun lalu, dan dihidupkan semula oleh tentera Lubnan.

Haq al-Laila di Erimiah Arab Bersatu

Pada 15 Sya’ban, sebulan sebelum Ramadan, kanak-kanak berkeliaran di kawasan kejiranan untuk meraikan Haq al-Laila di mana mereka mengumpul gula-gula dan kacang dalam beg yang dipanggil kharyta sambil menyanyikan lagu tradisional tempatan. 

Mheibes di Iraq

Selepas berbuka puasa, kaum lelaki dari pelbagai generasi di seluruh Iraq meluangkan masa dengan berkumpul untuk permainan tradisional mheibes yang melibatkan dua kumpulan dengan kira-kira 40 hingga 250 pemain.

Nafar di Maghribi

Ketika bulan Ramadan, kawasan kejiranan Maghribi didatangi oleh seorang penjerit bandar yang dipanggil nafar memakai pakaian tradisional gandora, selipar dan topi. Nafar berjalan sambil meniup hon untuk membangunkan orang ramai untuk makan sahur.

Redmiqq Bandarpkv Bagiqq Lonteqq Abangqq 788Bola Ligadunia365 Resmibet 66Mega
https://mojomulyo.desa.id/storage/ https://www.geriatri.id/css/ https://rotari.id/meaning/ https://rotari.id/jadwal/
betseru naga88 55kbet lazadaspin bangbos pasanghoki