1. Allah tidak akan tolak doa orang berpuasa
Nabi SAW bersabda; “Ketika sedang berbuka, seseorang yang berpuasa memiliki satu doa yang tidak akan ditolak oleh Allah.”
2. Bulan Ramadan adalah bulan pengampunan dosa
Nabi SAW bersabda; “Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh harapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
3. Pintu khas syurga untuk orang berpuasa
Nabi SAW bersabda; “Di syurga terdapat sebuah pintu yang bernama al-Rayyan. Orang–orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu. Jika mereka telah masuk maka pintu itu akan dikunci sehingga orang–orang selain mereka tidak dapat masuk ke dalamnya.”
4. Allah akan jauhkan wajah orang berpuasa dari neraka
Nabi SAW bersabda; “Carilah Lailatul Qadar di malam ganjil pada sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadan.”
5.Allah anugerahkan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan
Nabi SAW bersabda; “Barangsiapa berqiyam pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.”
6.Allah gandakan pahala amalan pada bulan Ramadan
Nabi SAW bersabda; “Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sehingga 700 kali lipat.”
7.Segala syaitan dirantai, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup
Nabi SAW bersabda; Apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.