THE BRANDLAUREATE | SME BESTBRAND AWARD 2022

Kolej Antarabangsa Innovative telah mencatat satu lagi kejayaan yang cukup membanggakan baru-baru ini apabila dianugerahkan The BrandLaureate SMEs Bestbrands Awards 2022 bagi kategori Business Leadership in Education.

Penganugerahan dan pengiktirafan oleh anugerah breprestij BrandLaureate itu yang mengiktiraf dan menghargai inovasi, inspirasi serta integriti tentunya menjadi pembakar semangat bagi warga kerja Innovative untuk terus memacu ke hadapan dalam menyediakan peluang pendidikan yang bertaraf tinggi kepada pelajar dan menunjukkan contoh kepimpinan yang baik dalam penjenamaan.

Dengan tema, “Never Give Up On Your Quest For Your Brand! I Am Back”, Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate mengiktiraf jenama yang kekal teguh dan berdaya tahan dalam mengharungi kekangan Covid-19 dan berjaya mengatasi pelbagai cabaran untuk terus membangunkan jenama mereka. Jenama dinilai pada dasar strategi, budaya, komunikasi, ekuti, dan prestasi untuk dinobatkan sebagai Jenama Terbaik.

Anugerah tersebut disampaikan kepada Naib Presiden Innovative, En Muhammad Anas bin Mohd. Bukhori pada majlis gala yang dianjurkan oleh badan pengiktirafan jenama dan penjenamaan BrandLaureate di The Majestic Hotel Kuala Lumpur 1 Jun lepas.

Kejayaan ini diharapkan akan terus membawa Innovative ke haluan kecemerlangan pada masa akan datang.

Saksikan siaran langsung penganugerahan ini di pautan tersedia : https://fb.watch/dxlaaFinfh/

Please install and activate the "Master Slider" plugin to show the slides.