5 Sebab Belajar di Kolej Antarabangsa Inovatif

1. Tawaran kursus yang menjamin kerjaya

Tidak dapat dinafikan, ibu bapa inginkan pulangan yang berbaloi untuk masa depan anak-anak apabila mereka melaburkan wang yang banyak untuk menghantar anak-anak ke IPT. Tentunya, kayu pengukur pulangan itu adalah jaminan kerja untuk graduan baru.

Tetapi sejujurnya, tidak semua fresh grads di luar sana memperoleh pekerjaan sebaik keluar IPT.

Isu ini menjadi fokus utama buat Kolej Antarabangsa Inovatif supaya usaha mencari tempat belajar dan menamatkan pengajian dengan sempurna tidak dilakukan dengan sia-sia. Atas sebab itu, IIC banyak menawarkan kursus-kursus yang bukan sahaja mempunyai permintaan yang tinggi tetapi juga dapat menjamin tempat dalam industri profesional.

2. Yuran berpatutan dan kemudahan biasiswa

Bagi golongan B40, yuran adalah antara aspek yang pertama akan dipertimbangkan dalam pemilihan institusi pengajian tinggi. Apa tidaknya, selain perlu bergantung pada bantuan kewangan untuk membayar yuran setiap semester, ibu bapa juga perlu memikirkan duit makan anak sepanjang tempoh pengajian yang mungkin tidak termasuk di dalam pinjaman.

Istimewanya di Kolej Antarabangsa Inovatif, di samping yuran program yang berpatutan,  terdapat juga beberapa bantuan biasiswa seperti Inovatif di Hatiku, program B40 dan skim bantuan pendidikan untuk memastikan pelajar tidak rasa terbeban dan dapat memberi sepenuh perhatian kepada pengajian tanpa perlu memikirkan tentang isu kewangan atau membuat kerja sampingan untuk membayar yuran.  

3. Penginapan dan pengangkutan disediakan

Salah satu masalah yang membuat pelajar lepasan SPM perlu berfikir dua kali tentang melanjutkan pengajian ke peringkat IPT adalah masalah tidak cukup rumah di hostel yang disediakan atau tiada pengangkutan untuk ke kampus jika menyewa di luar. 

Masalah berebut tempat tidak berlaku di Kolej Antarabangsa Inovatif kerana semua pelajar disediakan tempat penginapan serta pengangkutan untuk ke kampus bagi memudahkan mereka menyusun jadual dan mempunyai rutin harian yang tetap. Walaupun pelajar bebas memilih sama ada untuk tinggal di hostel atau rumah sewa sendiri, penyediaan penginapan dan pengangkutan bertujuan untuk memastikan pelajar dapat menghadiri kelas setiap hari tanpa sebarang halangan.

4. Syarat kemasukan yang relevan

Kepercayaan ramai bahawa hanya pelajar yang cemerlang dalam SPM sahaja layak untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi adalah satu tanggapan yang telah lapuk kerana Kolej Antarabangsa Inovatif membuka pintu kepada sesiapa sahaja hanya dengan syarat lulus SPM dengan 3 kredit dalam apa-apa subjek.

Syarat kemasukan yang lebih longgar penting untuk memberi peluang kepada pelajar membuka buku baru dan memulakan perjalanan akademik dengan lebih matang demi masa depan mereka sendiri.

5. Peluang untuk bekerja di luar negara

Impian untuk bekerja di luar negara kedengaran seperti satu mimpi bagi pelajar dari golongan B40 yang tidak mempunyai keputusan SPM yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, Kolej Antarabangsa Inovatif komited untuk memastikan pelajar dapat mengembangkan kemahiran keras dan kemahiran industri baik dengan menghantar mereka membuat latihan praktikal dengan pakar-pakar industri mahupun menghantar mereka bekerja dengan syarikat di luar negara. 

Malah, kebanyakan program yang ditawarkan di IIC membuka haluan sehingga ke peringkat antarabangsa di mana graduan dihantar bertugas ke luar negara setelah tamat pengajian.