Kisah Kejayaan dan Kronologi Perjalanan Perniagaan MYDIN

Bermula dari sebuah kedai runcit berdindingkan papan, kini MYDIN telah berkembang menjadi sebuah empayar perniagaan runcit bernilai billion ringgit, dengan keuntungan tahunan mencecah RM3 billion. 

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1957, kronologi perkembangan MYDIN bermula dari sebuah perniagaan kecil-kecilan keluarga.

  • 1928: Syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd. adalah hasil titik peluh pengasasnya, Allahyarham Mydin Mohamed yang lahir pada tahun 1928 di Pulau Pinang.
  • 1940: Perniagaan runcit keluarga Mydin bermula di pasar malam. Namun kedai mereka telah dibakar ketika perang dunia ke-2 membuatkan keluarganya kerugian teruk.
  • 1957: Tidak berputus asa untuk berniaga, Mydin menyambung perniagaan bapanya Ghulam Hussein bin Jamal ketika berusia 29 tahun dengan bekalan modal yang ada. Beliau membuka kedai runcit pertamanya di Kelantan yang diberi nama Syarikat Mydin Mohamed, menjual alat permainan kanak-kanak dan barangan-barangan lain.
  • 1979: Mydin kemudian mengembangkan perniagaannya ke Terengganu.
  • 1987: Anak kedua Mydin, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali yang kini memegang jawatan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, menyertai perniagaan keluarga Mydin.
  • 1989: Mydin membawa perniagaan runcitnya ke Lembah Klang apabila cawangan pasar raya Mydin dibuka di Jalan Masjid India. Pembukaan pasar raya tersebut bukan sahaja menjadi pencetus kejayaan besar empayar perniagaan Mydin tetapi turut membawa perubahan kepada industri peruncitan di Malaysia.
  • 2016: Penerimaan baik dari orang ramai memberi keyakinan kepada Datuk Ameer Ali untuk membuka cawangan pasar raya besar di Subang Jaya pula.
  • 2022: Cawangan terbesar Mydin dibuka di Kelantan, dan dijangka bakal memperoleh nilai jualan sebanyak RM20 juta sebulan.

Kini, Mydin Mohamed Holdings mempunyai lebih daripada lebih 66 buah cawangan dengan pelbagai jenis format perniagaan. Mydin mengusahakan empayar perniagaannya tanpa simpanan peribadi, jalan pintas, atau bantuan kewangan dari kerajaan, dan hanya bergantung pada keluarga, budaya perniagaan yang kukuh serta disiplin yang tinggi.