Perniagaan Dalam TikTok: Jangan Buat Iklan, Buat Video

Apa yang bermula sebagai platform untuk berkongsikan video pendek, kini telah berkembang menjadi salah satu platform media sosial paling popular. Kemunculan TikTok sebagai ruji media sosial zaman ini telah meraih 1 billion pengguna aktif setakat April 2022, dengan demografi terbesarnya adalah Gen Z.

Sama ada kita suka atau tidak, dengan purata pengguna membuka aplikasi tersebut lebih daripada 8 kali sehari, TikTok semakin sukar untuk diketepikan. 

@tiktok_malaysia

Say hello to the game-changing creators of 2022 with #TheDiscoverList 🙌✨ We’re celebrating the 50 Icons, Changemakers, Foodies ,Icons, Innovators and Originators from around the world who are driving positive impact on TikTok and beyond 💫 Check out the full list in our bio.

♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia

Ada yang masih menganggap TikTok sebagai platform untuk golongan muda membuat cabaran tarian,  tetapi sebenarnya TikTok telah berkembang untuk merangkumi setiap jenis kandungan dan komuniti, membuatkan ia tempat paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan dengan memanfaatkan khalayak muda.

Pengaruh perkongsian video, baik video hiburan, maklumat umum mahupun berita, terus meningkat dalam semua aspek kehidupan, sekali gus mengubah strategi pemasaran. Malah, bilangan perniagaan yang menggunakan video sebagai alat pemasaran telah meningkat daripada 61 peratus pada 2016 kepada 85 peratus pada 2020.

@tiktok_malaysia

Anda mengawal komen anda. TikTok menjadikannya mudah untuk menyesuaikan dan menapis komen yang anda hendak lihat. Ketahui lebih lanjut di sini. #SaferTogether

♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia

Faedah Perkongsian Video untuk Perniagaan

Terdapat banyak faedah perkongsian video dalam mempromosikan perniagaan. Dengan demografi yang didominasi golongan muda, platform video seperti TikTok dapat membantu peniaga berhubung dan berinteraksi dengan audiens mereka.

Aspek pemasaran TikTok yang paling unik dan penting ialah interaksi dan penyertaan pengguna dengan kandungan yang peniaga kongsikan. Cabaran TikTok menjemput pengguna untuk membuat video mereka sendiri yang berkaitan dengan jenama peniaga. Bentuk kandungan yang dijana pengguna ini meningkatkan kredibiliti jenama perniagaan dan membantu peniaga menarik perhatian pelanggan kepada jenama mereka.

Satu lagi faedah TikTok ialah keupayaan untuk mencipta video berdasarkan cabaran yang akan menjadikan peniaga popular di kalangan orang ramai. Dengan TikTok, peniaga boleh mereka bentuk cabaran menarik dan menjemput TikTokers untuk mengambil bahagian. Jika cabaran itu menyeronokkan dan menepati cita rasa orang muda, ia akan menjadi tular seterusnya menjana publisiti untuk sesebuah jenama itu.

Selain itu, peniaga juga kini boleh menggunakan TikTok untuk meningkatkan trafik ke tapak web, gedung aplikasi atau tapak e-dagang dengan hanya menambah pautan ke video mereka.