Majlis menandatangani MOU antara Chartered Management Institute (CMI) dan Innovative University College (IUC). IUC diwakili oleh Prof. Emeritus Dato’ Seri Dr. Mustafa Ishak manakala CMI diwakili oleh Ann Francke, CEO CMI London.
CMI yang berpangkalan di United Kingdom adalah satu-satunya badan profesional bertauliah bagi bidang Pengurusan dan Kepimpinan dan kekal sebagai satu-satunya organisasi yang dapat menganugerahkan status Chartered Manager (CMgr) iaitu pengiktirafan pengurusan tertinggi.
Prof. Emeritus Dato’ Seri Dr. Mustafa Ishak juga adalah Pengerusi Lembaga Pengarah CMI Malaysia.