fbpx

Berikut adalah individu-individu yang mampu menjana pendapatan lebih laju dari kemampuan mereka untuk berbelanja. Senang kata boleh beli apa saja yang mereka nak. Info berikut adalah daripada majalah Forbes bagi Mac 2019. 5 individu paling kaya dalam dunia adalah seperti berikut:

5. Mark Zuckerberg – US$74.6 Billion

Nilai kekayaan bersih Mark Zuckerberg bertambah sebanyak US$6.2 bilion selepas Facebook merekodkan keuntungan yang lebih besar berdasarkan analisis Wall Street.

Skandal pelanggaran privasi Facebook terbukti tidak mampu menjauhkan para pengiklan dari raksasa media sosial ini.

Nilai pendapatan Facebook dilaporkan mencapai US$16.91 bilion pada suku ke empat 2018, lebih tinggi dari ramalan penganalisis.

Menurut majalah Forbes, jumlah kekayaan Mark Zukerberg untuk tahun 2019 ditaksir sebanyak US$74.6 bilion.

4. Bernard Arnault – US$75.7 Billion

Di tangga ke empat sebagai orang terkaya di dunia adalah Bernard Arnault, usahawan kelahiran Perancis.

Menurut majalah Forbes, CEO sekali gus pemegang saham majoriti syarikat fesyen Moet Hennessy ini ditaksir memiliki kekayaan bersih sebanyak US$75.7 bilion.

3. Warren Buffett – US$91.3 Billion

Usahawan berasal dari Amerika Syarikat, Warren Buffet, terkenal dengan kepintarannya dalam menjalankan pelaburan menerusi syarikatnya, Berkshire Hathaway.

Menurut majalah Forbes, Warren memiliki jumlah kekayaan bersih sebanyak US$91.3 bilion.

2. Bill Gates – US$92.2 Billion

Sekadar tempat kedua manusia paling kaya di dunia pada tahun 2019 disandang oleh Bill Gates, usahawan kelahiran Amerika Syarikat, pengasas sekali gus pemilik Microsoft, melalui syarikat teknologi yang terkenal dengan sistem operasi Windows.

Menurut majalah Forbes, untuk tahun 2019 ini, jumlah kekayaan bersih Bill Gates adalah US$92.2 bilion.

1. Jeff Bezos – US$130.5 Billion

Jeff Bezos, lelaki kelahiran Amerika Syarikat, dikenali sebagai pengasas dan pemilik laman web e-dagang terbesar saat ini, Amazon.com.

Berdasarkan data yang dikeluarkan majalah Forbes, kekayaan bersih Jeff Bezos pada tahun 2019 adalah sebanyak US$130.5 bilion.

Perkembangan trend berbelanja secara online yang semakin meningkat memberikan sumbangan terbesar terhadap peningkatan kekayaannya.

Sumber: https://selongkar10.blogspot.com/2019/03/10-manusia-paling-kaya-di-dunia-2019.html

Kalaulah dikumpulkan jumlah kekayaan mereka berlima adalah mencecah US$464.3 Billion. Manakala, jumlah pendapatan negara (GDP) Malaysia pada 2018 hanyalah US$390 Billion.

Terdapat satu persamaan diantara mereka, iaitu mereka berlima adalah ‘Businessman”. Tiada jenis pekerjaan lain mampu menandingi pendapatan usahawan.

Jadi selain daripada belajar untuk bekerja, seseorang itu juga boleh belajar untuk cipta pekerjaan. Kolej AntaraBangsa Innovatif menawarkan kursus Diploma Pentadbiran Perniagaan, mendapat akriditasi penuh oleh MQA.

Sebarang pertanyaan, bakal pelajar boleh call / whatsapp : 013 – 353 4112 

Atau boleh terus isi borang di bawah untuk semak kelayakan dengan menggunakan keputusan SPM atau percubaan SPM.