GERAN PENDIDIKAN TINGGI EDUCARE 2018

EduCare Malaysia menjemput lepasan SPM tahun 2017, 2016 dan 2015yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma untuk memohon Geran Pendidikan Tinggi EduCare Malaysia bagi tahun 2018.

Cara & Proses Permohonan

01

MOHON

Lengkapkan borang permohonan Geran Pendidikan Tinggi EduCare 2018 dengan lengkap, dan hantar. Permohonan anda akan diproses dalam masa dua hari berkerja. EduCare Malaysia boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-88-5999 (9.00 am hingga 6.00 pm) sekiranya anda mempunyai pertanyaan.

02

TERIMA

Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan penerima surat tawaran bersyarat program akademik daripada institusi yang berdaftar dengan MYEP Education Sdn Bhd di bawah program EduCare Malaysia melalui emel. Anda juga akan menerima notifikasi SMS. Cetak surat tawaran tersebut dan hadir mendaftar pada tarikh yang ditetapkan. Anda akan dikehendaki membayar yuran permohonan dan yuran pendaftaran program akademik. Sila hubungi 1-800-88-5999 sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan.

03

DAFTAR

Anggaran tempoh pengajian adalah 2.5 tahun atau 7 semester. Geran Pendidikan Tinggi EduCare 2018 berjumlah RM13,000.00 akan diberikan terus kepada Institusi Pengajian Tinggi anda secara prorata mengikut bilangan semester. Sekiranya anda menerima pinjaman penuh PTPTN, Institusi Pengajian Tinggi anda akan memulangkan lebihan tunai sebanyak RM1,000.00 (anggaran) kepada anda pada setiap semester. Diharap, dengan bantuan kewangan ini, anda bolehlah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan menamatkan prgram diploma anda dengan jayanya.

Tentang MYEP Education

EduCare Malaysia adalah sebuah inisiatif tangggjawab sosial yang diperkenalkan oleh MYEP Education Sdn Bhd (“MYEP”), sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2015.

MYEP bergerak aktif di dalam sektor penyumberan luar atau “outsourcing” bagi industri pendidikan tinggi di Malaysia dengan matlamat mambantu pemain-pemain industri mengoptimumkan penggunaan sumber dengan menggunakan teknologi-teknologi termaju.

U

Visi

Meluaskan akses kepada pendidikan tinggi berkualiti selaras dengan hasrat Bidang Keberhasilan Utama Negara yang Ketiga (NKRA 3).

Aktiviti & Perkhidmatan

1. Advokasi program pendidikan tinggi kepada lepasan SPM, STPM, Diploma dan kelayakan-kelayakan lain yang setaraf. 

2. Pemberian khidmat nasihat dan konsultansi berkaitan program akademik dan kemahiran secara percuma.

3. Pembangunan inisiatif-inisiatif yang melibatkan pemberian bantuan kewangan dalam bentuk tunai dan bukan tunai.