Statistik terbaharu Kementerian Pendidikan menunjukkan sektor pengajian tinggi negara ini

berupaya melebarkan sayap dalam industri pendidikan selaras pembangunan Malaysia.

Matlamat kerajaan ialah menjadikan perkhidmatan institusi pendidikan berkualiti sebagai landasan

melahirkan modal insan kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi.

Ia sejajar aspirasi kerajaan untuk menambah daya saing Malaysia melalui peningkatan kualiti modal

insan dilahirkan menerusi sistem pendidikan negara.

Berdasarkan Model Baharu Ekonomi (MBE), kejayaan melahirkan modal insan yang memiliki

kemampuan dan inovasi untuk meneroka bidang baharu adalah faktor kritikal bagi meningkatkan

kemajuan serta kemakmuran negara pada masa depan.

Pernyataan di atas menjelaskan bahawa tugas pensyarah bukan sahaja tertumpu kepada

penyampaian ilmu kepada pelajar tetapi juga bertanggungjawab membentuk generasi

berkeperibadian mulia, berkemampuan dan berkeyakinan diri.

Kerjaya pensyarah

Seorang pensyarah perlu berpengetahuan luas dalam bidangnya, ada keinginan tinggi untuk

mengenali dan memahami pelajar, serta memiliki kemahiran kukuh dalam teknik mengajar.

Selain itu, penyampaian kuliah di dalam kelas harus memberikan kesan mendalam terhadap

pendidikan setiap pelajar.

Pengajaran baik dihasilkan oleh pensyarah yang berupaya merangsang pelajar berminat

membabitkan diri dalam proses pembelajaran dan mewujudkan suasana kondusif untuk proses

berfikir.

Pensyarah berkualiti sentiasa memastikan ciri pengajaran bermutu tinggi dengan menunjukkan

perancangan dan penyampaian yang baik.

Interaksi dengan pelajar juga harus sentiasa mesra dan positif, malah penampilan menarik, yakin

dan positif amat penting bagi seorang pensyarah dalam konteks berkaitan keberkesanan pendidikan.

Cabaran digalas

Profesion sebagai pendidik dipandang mulia oleh masyarakat dan secara amnya, golongan itu

berperanan mendidik anak bangsa dalam bidang diceburi.

Kerjaya sebagai pensyarah memerlukan minat mendalam, terutama dalam mendidik generasi

baharu.

Menarik minat anak muda untuk belajar ialah antara cabaran terbesar, namun ia bukan penghalang

untuk melahirkan pelajar berkarakter dan berdaya saing tinggi.

Jelas sekali sumbangan dan peranan ahli akademik bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk

dilaksanakan bak kata pepatah ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Cabaran digalas menjadi pembakar semangat untuk mereka terus melaksanakan tanggungjawab,

bahkan tiada istilah noktah dalam memartabatkan anak bangsa kerana itulah perjuangan pendidik.

Skim Pensyarah Muda Bersama IIC

Kolej Antarabangsa Inovatif (IIC) adalah antara institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang

menawarkan pelbagai program menarik dan mampu melahirkan graduan yang amat bernilai pada

masa hadapan.

Skim Pensyarah Muda adalah skim terbaharu ditawarkan untuk membantu pelajar yang

menyimpan impian menjadi pensyarah untuk merealisasikan hasrat mereka itu.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak akan didaftarkan dalam program diploma

mengikut bidang disenaraikan, iaitu Diploma Pengurusan Perhotelan, Diploma Pengurusan

Pelancongan, Diploma Perbankan Islam dan Diploma Pengurusan Maklumat di institusi terpilih.

Setelah tamat pengajian, pelajar akan ditempatkan dalam bidang sama pada peringkat ijazah

sarjana muda daripada universiti tempatan.

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang mengikut terma pensyarah (kelas

pertama) akan terus ditawarkan jawatan pensyarah di institusi terpilih.

Skim itu hanya terbuka kepada 500 pelajar yang layak. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada

pengambilan Mei 2016 sahaja. Mereka yang berminat, sila e-mel biodata kepada anas@myep.my

atau sms nama penuh ke talian 016-739 4453.