Mesej dari Ketua Eksekutif mengenai Covid-19 pandemik

Last edit: 20 May 2020

Assalammulaikum dan Sejahtera semua Ibu bapa dan Anak anak pelajar Innovative

Semoga semua diberi keselamatan dan kesihatan didalam suasana suram pada waktu Pandemic Covid-19 ini.

Saya ingin merayu kepada ibu bapa agar membantu memastikan anak anak pelajar Innovative sentiasa berada dalam suasana sejahtera dan sihat dengan memberi mereka ruang dan masa, dan keprihatinan keatas apa yang mereka lalui.

Seperti yang kita semua sedia maklum, perasaan bercuti dan tiada kelas dan berada dirumah adalah sesuatu yang menggembirakan bagi anak anak ini, malangnya ini hanyalah perasaan pada mulanya sahaja, apabila mereka mula menyedari mereka terpaksa hanya duduk dirumah dan tiada dapat berjumpa dengan rakan rakan mereka yang lain, keresahan mula menguasai mereka. Semakin hari semakin resah anak anak ini, dan mungkin ada juga yang telah menunjukkan tingkah laku yang mencabar kesabaran kita sebagai Ibu dan Bapa.

Adalah kita perlu tahu bahawa, mereka ini sebenarnya juga takut, dan kekadang tidak faham perubahan apakah yang berlaku pada diri mereka ini. Jadi marilah kita sebagai Ibu Bapa yang amat menyayangi mereka, untuk membantu anak anak kita melalui waktu yang suram ini. Marilah bersama membantu mereka melaluinya dengan aktiviti bersama, memasak bersama, berkongsi cerita kita dan berkongsi cerita mereka dan dengarlah mereka bukan sahaja dengan telinga kita, malah juga dari hati kita.

Semoga dapatlah kita membantu mereka agar kekal tabah dan kuat dalam melaui detik detik ini dan percayalah apa yang kita selamatkan ini adalah semangatnya dan keyakinannya yang akan terus bersama dengannya lama walaupun selepas Covid-19 berakhir.

Saya juga sebagai seorang Ibu, seperti juga ibu bapa yang lain,faham yang kita semua sudah pasti memikirkan banyak perkara yang meresahkan kita diwaktu sebegini. Biarlah perkara ini disimpan diantara kita dan semoga segalanya ini berakhir dengan baik dan sejahtera untuk semua. Percayalah, kegembiraan dan kasih sayang di waktu ini amat berharga untuk anak anak kita ini.

Jika ada sebarang aktiviti yang difikirkan baik diantara Ibu Bapa, pelajar dan guru guru serta staf Innovative, bolehlah memberi cadangan dan bolehlah kita lakukan bersama. Mungkin ini akan membantu sikit sebanyak menghilangkan rindu mereka kepada rakan rakan mereka.

Bagi Ibu Bapa yang merasakan ada perubahan dan ada kesan kesan kemurungan dialami oleh anak anak kita, bolehlah berbincang dengan guru guru mereka dan kaunselor Innovative, mereka ini bersedia membantu sebaik mungkin di waktu ini.

Saya mendoakan semua Rakyat Malaysia, Warga Innovative, Anak anak pelajar, Ibu Bapa dan Semua tenaga kerja di Innovative, berada dalam suasana sejahtera dan selamat dan mendoakan semoga kita diberikan kesabaran dan ketabahan.

Sekian,

SHAHAWATI BINTI UMAR

Presiden / Ketua Eksekutif

Leave a Reply