fbpx

28 November 2019

INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE (IIC) Acara menandatangan MOU di ketuai oleh puan Shahawati binti Umar (CEO),bersama encik Rahman (Pendaftar) dan juga  beberapa ahli dari DD Koin untuk menjalankan program terbaru Blockchain Technology. IIC adalah kolej pertama yang menjalankan program tersebut.

DDK atau DD KOIN adalah platform komuniti yang bertujuan untuk mewujudkan peluang ekonomi melalui pembangunan penyelesaian blockchain. Sejak 2015 masyarakat DDK telah secara aktif menyumbang kepada pembangunan dan penyebaran penyelesaian blockchain. Ini termasuk projek seperti Universal Blockchain Wallet (UBW), Blockchain.My (BCMY), Blockchain.My Merchant, dan DinarCoin (DNC).

Pelajar yang berminat untuk menyertai program ini boleh mula mendaftar pada sesi tahun 2020 hadapan.