Pada 14 April 2025, satu acara bersejarah telah berlangsung di Petaling Jaya apabila Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Innovative University College (IUC) dan pasukan e-sukan terkenal, Monster Vicious. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh ekosistem pendidikan dan e-sukan di Malaysia, sekaligus membuka peluang baru bagi pelajar dalam bidang teknologi dan pengurusan sukan digital.
Majlis penandatanganan ini diserikan dengan kehadiran pengasas Monster Vicious, Muhammad Asyrof, yang dalam temubual eksklusifnya menyatakan bahawa kerjasama ini bukan sahaja memberi peluang kepada pemain untuk melanjutkan pengajian, tetapi juga sebagai platform untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi cabaran dalam Mobile Legends Professional League (MPL) Malaysia Musim 15.
Ditubuhkan pada 5 Ogos 2022, Monster Vicious telah mencatatkan pelbagai kejayaan dalam arena e-sukan Malaysia, termasuk menjuarai Kejohanan E-Sukan 2023/2024 bagi acara Mobile Legends Bang Bang (MLBB). Melalui kerjasama ini, diharapkan lebih ramai bakat muda dapat dibangunkan dengan menggabungkan pendidikan dan latihan profesional dalam e-sukan.
MoU telah termetrai pada :
Hari : Isnin
Tarikh : 14 April 2025
Tempat : Innovative University Collage, Kelana jaya
MoU ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara Innovative University College (IUC) dan Monster Vicious dalam memajukan ekosistem pendidikan dan e-sukan di Malaysia, serta menyediakan peluang bagi pelajar untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang teknologi dan pengurusan sukan digital.