KELANA JAYA – Seramai 113 pelajar lepasan SPM tahun 2019 menghadiri program temuduga di Kolej Antarabangsa Inovatif bagi menyemak kelayakan mereka menerusi keputusan percubaan SPM mereka untuk mengikuti program Diploma Pengurusan Perhotelan (Work-Based Learning).
Tidak seperti program-program diploma yang lain, menerusi program ini pelajar akan didedahkan secara terus dengan industri perhotelan terkemuka di dalam negara bertaraf 5 bintang. Pelajar hanya perlu menjadi proses pembelajaran di kelas hanya pada tahun pertama dan seterusnya akan dihantar untuk menjalani latihan industri dengan bergaji penuh selama 18 hingga 24 bulan.
Ketua Pemasaran Kolej Antarabangsa Inovatif, En. Johari Jamaluddin berkata, institusi mereka bergerak seiring kehendak peredaran industri dimana skills dan working experiences amat penting bagi menjamin tempat kerjaya kepada pelajar-pelajar setelah tamat belajar.
“Pelajar hanya perlu belajar di dalam kelas selama 3 semester sahaja selebihnya akan dihantar ke hotel-hotel bertaraf 5 bintang untuk menjalani latihan industri dan pelajar boleh mendapat elaun sebanyak RM1,200 ke RM1,500 setiap bulan”.
Menurutnya lagi, kaedah pembelajaran secara Work-Based Learning ini lebih berkesan berbanding kaedah pembelajaran secara tradisional di dalam kelas. Ini kerana setelah tamat pengajian, pelajar-pelajar ini akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Perhotelan dengan pengalaman bekerja selama 2 tahun.
En. Johari berkata, pelajar yang mengikuti program ini berpeluang untuk terus bekerja di hotel tempat latihan industri mereka setelah tamat belajar. Namun, sekiranya tidak sekali pon pelajar-pelajar program ini lebih berdaya saing kerana sudah mempunyai pengalaman bekerja selama 2 tahun.
“Melalui program ini, pelajar lebih competitive di dalam market kerana pelajar-pelajar akan dilengkapkan dengan pengalaman bekerja dan tidak lagi digelar fresh graduate setelah tamat belajar”.
Dengan situasi ekonomi semasa, program seperti ini amat sesuai dengan golongan keluarga berpendapatan kumpulan B40. Ini kerana pelajar dapat mengurangkan kebergantungan mereka terhadap keluarga kerana mereka sendiri boleh menjana pendapatan bulanan melalui latihan industi bergaji penuh.
Kursus yang ditawarkan oleh Kolej Antarabangsa Inovatif ini tidak meletakkan syarat kemasukan yang tinggi. Dengan hanya Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian sudah layak memohon. Isi kelayakan anda untuk peluang dibayar untuk belajar.