SELAMAT DATANG PU RIZ KE DALAM KELUARGA INNOVATIVE

Tarikh 17 Februari 2022 lakar sejarah buat Kolej Antarabangsa Inovatif dan Your Education Guidance (YEG) kerana hari ini termeterainya suatu majlis memorandum persefahaman (MoU) di antara Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif bersama PU Riz.

Majlis ini merupakan acara simbolik bagi pelantikan pencetus ummah Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz selaku pensyarah kanan Fakulti Pengajian Antarabangsa bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.

Majlis MoU ini turut dihadiri oleh barisan VIP seperti yang berbahagia Puan Shahawati Binti Umar selaku Presiden Kolej Antarabangsa Inovatif, Yang Berusaha En Mohamad Fikri Bin Hasbi selaku Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa serta Pencetus Ummah Amin selaku pensyarah kanan Diploma Haji dan Umrah.

Diharap dengan kehadiran PU Riz akan dapat menyemarakkan lagi semangat ke semua pihak ke arah pendidikan pengurusan Haji dan Umrah yang berkualiti tinggi, InsyaAllah.