Lawatan KPT Bulan Oktober 2022

oleh : Nabilah Akram – Oktober 20, 2022 @ 12:09 am

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan penilaian dan verifikasi ke IIC bagi permohonan Pembaharuan Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa.  Proses lawatan yang diadakan pada bulan Oktober itu telah berjalan dengan lancar dan pihak KPT berpuas hati di atas penyediaan semua dokumen yang diperlukan oleh pihak kolej.

Salah seorang wakil panel daripada KPT sedang meneliti dokumen-dokumen daripada Kolej Antarabangsa Inovatif

Terima kasih kepada semua warga Inovatif yang terlibat secara langsung atau tidak di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam persediaan menerima lawatan daripada KPT. Tanpa kerjasama semua, proses lawatan tidak akan dapat berjalan dengan baik.

Dalam misi untuk terus maju ke hadapan, Inovatif juga akan menyasarkan kelulusan Permohonan Pembaharuan Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa bagi tempoh Tahun 2023 -2025.