Hospitaliti dan perhotelan adalah sektor pekerjaan terbesar di dunia dan satu bidang yang sangat menarik untuk membina kerjaya.
Jika anda mempunyai minat dalam industri perhotelan, anda juga tentu ingin tahu bagaimana untuk maju dalam industri.
Salah satu cabaran yang boleh dihadapi oleh pelajar perhotelan adalah mencari pengalaman kerja untuk dimasukkan ke dalam resume, sama ada semasa belajar atau selepas tamat pengajian.
Ini kerana selalunya majikan mencari calon yang mempunyai pengalaman kerja yang bukan sahaja kukuh tetapi juga membawa kepada peningkatan kemahiran industri walaupun bertahun-tahun belajar.
Jadi bagaimana untuk mendapatkan pengalaman kerja dalam bidang perhotelan sebagai pelajar? Mari kami kongsikan 5 cara.
1. Buat kerja sukarelawan
Menjadi sukarelawan adalah cara paling mudah untuk menjenguk ke dalam industri perhotelan, sekali gus mencantikkan resume anda. Pelajar boleh menjadi sukarelawan sebagai pelayan atau penyambut tetamu di acara makan malam di hotel dan uji kemahiran insaniah mereka.
2. Buat kerja sambilan
Peluang untuk buat kerja-kerja sukarelawan tidak datang selalu. Kalau pelajar ingin lebih banyak peluang untuk berkembang dan jana pendapatan sampingan dalam masa yang sama, mencari kerja sambilan adalah solusinya.
3. Libatkan diri dalam aktiviti berkaitan perkhidmatan pelanggan
Kerja di hotel bukan hanya untuk ekstrovert sahaja. Jika anda seorang introvert, anda boleh mula membina keyakinan berurusan dalam industri dan mengetahui cara berinteraksi dengan pelbagai jenis orang dengan menyertai apa sahaja aktiviti luar yang boleh dikaitkan dengan layanan pelanggan seperti menawarkan untuk mengambil gambar seseorang di majlis-majlis penting.
4. Hadiri acara ‘networking’
Industri perhotelan berkembang melalui jaringan persahabatan. Hadiri acara-acara networking yang dianjurkan dan ambil peluang untuk rapatkan diri dengan individu-individu yang berkecimpung dalam dunia perhotelan. Tunjukkan minat dalam industri dan sentiasa berhubung dengan mereka untuk menunjukkan kesungguhan anda dalam industri perhotelan.
5. Ambil kursus perhotelan berteraskan latihan industri
Diploma Pengurusan Hotel berteraskan latihan industri seperti yang ditawarkan di Kolej Antarabangsa Inovatif menyediakan pembelajaran secara teori untuk dipraktikan dalam pembelajaran praktikal, membuatkan pelajar lebih bersedia untuk terjun ke dalam bidang pekerjaan. Tambahan pula, tempoh praktikal yang lama dapat membangunkan kemahiran dan pengalaman dalam pelbagai jabatan sekali gus meluaskan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran pelajar.
Tidak kira cara mana sekalipun yang anda akan cuba, pelajar perhotelan perlulah mempunyai daya ketahanan mental yang kuat dan minat yang tinggi untuk terus melangkah jauh dalam industri yang bergantung sepenuhnya kepada kepuasan pelanggan.