Kolej Berteraskan Latihan Industri Bezakan Pelajar Kolej Antarabangsa Inovatif Dari Graduan Lain

Pengurusan perhotelan adalah industri yang menguntungkan dan telah menyaksikan peningkatan perniagaan yang luar biasa selama bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun, di sebalik keuntungan dan reputasi, permintaan tinggi dalam sektor penginapan menjadikan bidang pengurusan perniagaan hotel agak mencabar buat graduan baru. 

Atas sebab itulah program berteraskan latihan industri atau WBL (work-based learning) ditawarkan di Kolej Antarabangsa Inovatif untuk melancarkan peralihan pelajar dari kelas teori kepada dunia realiti dalam industri.

Bagi pelajar praktikal Diploma in Hotel Management di IIC, Muhammad Afiq yang sedang menjalankan latihan industri bersama Lexis Hibiscus Port Dickson, dia mengakui perlu membiasakan diri dengan banyak cabaran operasi dalam industri perhotelan, termasuklah menguruskan tempahan, melayan tetamu, melaksanakan semua operasi front office, menjaga kebersihan bilik dan premis hotel, dan banyak lagi. Tuga jabatan-jabatan dalam hotel juga perlu dilaksanakan secara serentak supaya tidak membawa kepada huru-hara dan ketidakpuasan hati pelanggan.

Itulah antara yang dipelajari Muhammad Afiq sepanjang menjalani program WBL di Innovative selama setahun satu bulan. Walaupun banyak cabaran yang perlu dilaluinya, pelajar berusia 23 tahun itu mengakui program work-based learning mengajarnya membiasakan diri dengan situasi-situasi sukar apabila berhadapan dengan tetamu.

Berhasrat untuk membawa ibu tersayang menunaikan umrah suatu hari nanti, Muhammad Afiq memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan atas cadangan keluarga. Dia juga memilih program work-based learning untuk mengembangkan kemahiran dan keupayaannya serta menyesuaikan diri dengan budaya dan suasana industri.

Walaupun pengalaman ketika praktikal banyak membangunkan dirinya sebagai seorang pekerja hotel yang berkebolehan dalam pelbagai jabatan, Muhammad Afiq tetap menghargai pembelajaran teori di kampus yang penuh dengan kenangan manis. Antaranya sesi berdebat ketika dalam kelas Pengajian Malaysia dan layanan sporting dari pensyarah-pensyarah yang berpengalaman lagi berkemahiran.

Berbaki lagi 5 bulan dalam latihan industri, Muhammad Afiq berhasrat untuk menimba lebih banyak pengalaman di hotel-hotel lain pada masa akan datang. Dia yakin dengan pengalaman dan kemahiran kerja yang relevan yang diperoleh melalui program berteraskan latihan industri di Kolej Antarabangsa Inovatif, dia boleh meningkatkan prospek pekerjaan  dan tampil lebih bernilai kepada industri berbanding graduan dari institusi pendidikan yang lain.