fbpx

Baru-baru ini Jobstore telah mengeluarkan satu laporan gaji bagi tahun 2017/2018. Laporan tersebut dikeluarkan untuk memberi gambaran tentang pengambilan dan trend gaji di negara ini.

Laporan ini dianalisa mengikut penempatan pekerjaan dari 22 kategori pekerjaan yang ada di Jobstore.com serta lebih 20 pekerjaan dari rakan carian pekerjaan yang lain, tinjauan gaji, trend pengambilan dan laporan industri.

5 kategori bidang kerja yang mendapat permintaan tinggi daripada majikan bagi tahun 2017/2018, ianya melibatkan bidang tenaga mahir, strategik dan permintaan pasaran di negara ini.

Carian Pekerjaan Mengikut Sektor:

Pemasaran / Penjualan 4,233
Seni / Hiburan 3,877
Perlancongan / Hospitaliti 3,148
Khidmat Pelanggan 2,078
Perakaunan / Kewangan 1,956

1. Jualan Dan Pemasaran

Bidang ini memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan dalam menghadapi persaingan perniagaan yang makin sengit. Ia juga melibatkan fokus dalam penjenamaan dan lapangan digital untuk mendekati pelanggan.

Gaji Eksekutif: RM2,800 – RM18,000

Gaji Pengurus: RM5,000 – RM30,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM12,000 – RM50,000

2. Informasi Dan Teknologi

Seiring dengan komunikasi digital, bidang ini terus mendapat perhatian para majikan. Teknologi akan terus berkembang dan permintaan terhadap produk akan semakin meningkat. Jadi permintaan terhadap kerjaya Jurutera Perisian atau Pakar dalam data sangat tinggi.

Gaji Junior Exec / Fresh Grad: RM1,800 – RM6,500

Gaji Senior Exec: RM3,500 – RM30,000

Gaji Pengurus: RM8,000 – RM20,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM10,000 – RM50,000

3. Kewangan Dan Akaun

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, seorang yang pakar dalam pengurusan risiko kredit dan kewangan dalam syarikat amat diperlukan. Golongan ini penting dalam menghasilkan laporan kewangan dan prestasi syarikat. Jadi, sudah tentu permintaan terhadap mereka yang berada dalam bidang ini juga meningkat.

Gaji Fresh Grad: RM1,500 – RM2,500

Gaji Exec: RM1,800 – RM4,000

Gaji Pengurus: RM8,000 – RM15,000

Gaji Pengurus Kanan: RM6,000 – RM25,000

Gaji Pengarah: RM12,000 – RM53,000

4. Perkhidmatan Pelanggan

Pelanggan adalah raja dalam perniagaan. ‘Pelanggan sentiasa betul’ memerlukan mereka yang boleh melayan karenah dan permintaan pelanggan. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan layanan diberikan, ia juga memberi impak kepada prestasi syarikat atau jualan produk. Oleh itu, pegawai khidmat pelanggan terbaik diperlukan dalam memenuhi karenah pelanggan.

Gaji Eksekutif: RM2,800 – RM18,000

Gaji Pengurus: RM5,000 – RM30,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM12,000 – RM50,000

5. Makanan Dan Minuman / Pelancongan / Hospitaliti

Bidang ini tidak akan pernah sunyi dan sentiasa mendapat sambutan kerana ia melibatkan keperluan awam seperti hospitaliti, makanan dan minuman. Oleh itu, ruang sentiasa terbuka dalam bidang ini dan majikan sentiasa memerlukan pekerja yang sesuai dalam memenuhi pasaran kerjaya. Contoh kerjaya dalam bidang ini adalah pengurus outlet, eksekutif hotel, chef, pemasaran dan jualan, krew & pelayan dan sebagainya.

Gaji Fresh Grad / Junior Exec: RM1,200 – RM2,800

Gaji Senior Exec: RM2,300 – RM5,500

Gaji Pengurus: RM4,000 – RM10,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM5,000 – RM12,000

Kolej Antarabangsa Inovatif sentiasa peka dengan kehendak industri dan hanya menawarkan kursus yang mempunyai kehendak  kerja yang tinggi dalam pasaran. Kolej Antarabangsa Inovatif menawarkan kursus Diploma Pengurusan Pelancongan, selaras dengan keperluan industri terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).

Selain daripada peluang pekerjaan yang kian meningkat, kursus ini juga merupakan bridging course yang membolehkan graduan kursus ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) tanpa perlu melalui UPU.

Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan dengan industri dan aktiviti-aktiviti pelancongan dengan adanya beberapa lawatan sambil belajar sebanyak 5 kali di dalam negara (inbound) dan sekali ke luar negara (outbound). Kos bagi modul lawatan sambil belajar dalam dan luar negara ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kolej Antarabangsa Inovatif. Jadi pelajar berpeluang untuk melawat diantara negara Jepun, Korea atau Turki secara percuma.

Hubungi : Whatsapp

Pelajar juga boleh hantar kelayakan untuk disemak dengan menggunakan slip SPM atau Percubaan SPM di bawah.