Sebagai seorang pelajar, duit ini sebenarnya amatlah penting. Semua yang pernah belajar di universiti mesti mempunyai pengalaman menyiapkan assignment last-last minit, buat 2-3 presentation sehari, menduduki 2-3 paper exam dan macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa juga macam lecturer ni semua macam berpakat suruh hantar assignment pada hari yang sama 🙂 . Tetapi walau bagaimana peritnya semua ini, setiap semester tetap kita buat perkara yang sama 😀 .
Setelah cedera parah untuk submit semua tugasan on-time, menjadi lumrah sebagai seorang pelajar mencari sesuatu untuk melepaskan stress. Ada yang main pergi main futsal, ada yang pergi ‘karok’ (karaoke), ada yang pergi melancong dan sebagainya. Semua ini semestinya memerlukan duit.
Bagaimana nak cari duit ketika belajar? Ini caranya……
1. Service Printing
Tips cari duit pertama ini juga merupakan pro-tips untuk siapkan assignment on-time. Sebab cuba bayangkan, kene submit assignment di kelas esoknya pada 9 pagi, padahal kedai printing buka pukul 10 pagi. Jadi untuk mengelakkan kerunsingan dan ke’stress’an kepala, belilah printer sendiri.
Dengan modal dalam RM300, anda boleh start buat bisnes service printing dari bilik anda sahaja. Tak perlu risau sebab ini adalah servis yang laris terutamanya di musim-musin due date assignment, confirm ramai yang nak print last-last minit, kedai mana buka malam.
Pendapatan : RM50 – RM100 sebulan
2. Jual Nota
Bila dah ada printer tu, buat la servis nota pula. Tak semua, tapi memang ada pelajar yang malas nak buat nota-nota ni, beli je senang. Buat lah nota mind mapping cantik-cantik dan print guna kertas warna-warni, letak la logo copywrite sikit nak elak pelajar photostate lain.
Kene rajin sikit la cari class-rep untuk amik order nota-nota ni. Complimentary kepada business printing sendiri.
Pendapatan : RM500 – RM800 satu semester
3. Jadi fasilitator
Ada pelbagai anjuran NGO-NGO dan badan-badan kerajaan yang menganjurkan program-program di luar universiti. Pelajar universiti merupakan favourate pertubuhan-pertubuhan ini untuk menjadi fasilitator program. Cuma kene bijak cari cara agar waktu program tidak clash dengan waktu belajar.
Jadi fasilitator ni sangat best, sebab program selalunya diadakan ditempat-tempat yang menarik. Dapat melancong, makan minum sepanjang program ditaja, dapat baju dan dapat duit.
Pendapatan: RM50 sehari program
4. Buat event
Buat program keusahawanan, karnival dan sebagainya adalah cara paling biasa yang dijalankan oleh pelajar untuk menaja pendapatan. Ada juga yang suka aktiviti luar seperti aktiviti lasak, water rafting, mendaki gunung dan sebagainya.
Pelajar boleh menganjurkan event bulanan seperti trip hiking dan anda sendiri boleh menjadi guide untuk trip tersebut.
Pendapatan : RM50 – RM100 setiap event
5. Kerja part-time
Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat juga kursus yang menawarkan peluang pendapatan bulanan kepada pelajar. Selain kaedah pembelajaran tradisional iaitu hadir ke kolej setiap hari, terdapat juga kaedah pembelajaran secara pro-active learning iaitu dinamakan Work-Based Learning. Sebagai contoh, Kolej Antarabangsa Inovatif menawarkan kursus Diploma Pengurusan Perhotelan (Work-Based Learning), dimana pelajar hanya perlu menjalani proses pembelajaran di kolej hanya selama setahun dan seteruskan akan belajar secara terus dengan industri perhotelan bertaraf 5 bintang seperti Palace of the Golden Horses, Lexis Hibiscus, Sheraton Hotel, Pullman Hotel dan lain-lain seluruh negara.
Berbanding kursus lain, setelah tamat belajar, pelajar akan dianugerahkan diploma bersama dengan pengalaman bekerja 2 tahun di industri terkemuka. Selain itu, pelajar juga akan mendapat elaun sepanjang proses pembelajaran di hotel-hotel tersebut.
Pendapatan : RM1,200 sebulan
Kursus yang ditawarkan oleh Kolej Antarabangsa Inovatif ini tidak meletakkan syarat kemasukan yang tinggi. Dengan hanya Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian sudah layak memohon. Isi kelayakan anda untuk peluang dibayar untuk belajar.
Error: Contact form not found.