Arahan penutupan premis

Last edit: 18 May 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lanjutan daripada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, Kolej Antarabangsa Inovatif akan menutup semua premis bermula 18 Mac 2020. Susulan penutupan ini, Pelajar dan Pegawai Kolej Antarabangsa Inovatif diarahkan mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Membatalkan semua kelas pada 17 Mac 2020.
  • Mengaktifkan sistem pembelajaran atas talian. Perjalanan pembelajaran adalah mengikut kalendar akademik seperti biasa. Pelajar diarahkan untuk menghubungi pensyarah bagi setiap mata pelajaran yang diambil untuk langkah seterusnya.
  • Bagi pelajar program kerjasama Universiti Utara Malaysia, sila berhubung dengan koordinator program atau pensyarah program untuk tindakan seterusnya.
  • Pelajar dinasihatkan untuk pulang ke rumah ibu-bapa atau saudara terdekat sebelum 18 Mac 2020. Pelajar diminta untuk memaklumkan tarikh dan masa untuk bergerak pulang kepada Encik Ahmad Azfar Fauzi, Pengarah Operasi Kolej Antarabangsa Inovatif.
  • Pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah ibu-bapa atau saudara terdekat diminta untuk memaklumkan kepada Encik Ahmad Azfar Fauzi, Pengarah Operasi Kolej Antarabangsa Inovati.
  • Sebarang aktiviti di kawasan sekitar kampus dan asrama dilarang sama sekali.
  • Premis Kolej Antarabangsa Inovatif akan dibuka semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan. Tertakluk kepada arahan Kerajaan Malaysia selanjutnya.

Bagi pelajar dan Ibu-bapa / penjaga yang memerlukan maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pegawai Kolej Antarabangsa Inovatif di talian berikut:

Talian Kecemasan Covid-19: 011 5190 1105  
Puan Shahawati Umar Presiden / Ketua Eksekutif: 019 699 2610Encik Ahmad Azfar Bin Fauzi Pengarah Operasi: 011 1288 3063
Encik Muhammad Anas Bukhori Naib Presiden: 013 208 6849Puan Nurul Hafiza Ahmad Fuad Pengarah Kewangan: 016 933 6595
Encik Rahman Kasbi Pendaftar: 016 606 2747Puan Yahurin Mohd Yassin Pengarah Pengantarabangsaan: 012 606 6822
Puan Nur Farhana Zul Ketua Akademik: 019 214 2300Encik Johari Jamaluddin Pengarah Pemasaran: 017 666 5613

Sekian, untuk makluman dan tindakan segera.

SHAHAWATI BINTI UMAR

Presiden / Ketua Eksekutif

Leave a Reply